Haiku Handfonku
>> haiku 5 minit, sambil borak dgn Finaz, ;-)
sayang disayang
tangisi kehilangan
handfon ku hilang
hilang ke mana?
bukankah aku buang?
ke lubang jamban?
sengsara hidup
misi hilang separuh
rasakan pilu
perlukah aku
berkorban demi uang
beli sekupang?
FYI: haiku adalah seni tulisan berasal dari Jepun. Konsep penulisannya terdiri daripada rangkaian suku kata yang tetap bilangannya.. iaitu; 5,7,5.
--baris pertama 5 suku kata,
--baris kedua 7 suku kata,
--baris ketiga 5 suku kata.
Haiku Pagi Isnin
indah berlagu
pagi isnin nan cerah
matahariku
terpinar mata
bila cahya terpancar
siap membakar
aku dan angin
bersama mobil tua
di jalan raya
tiba inginku
di tepi laut biru
ombak menyapu
desirnya angin
bersama putih pasir
terasa dingin
kenangan lalu
tersingkap di kalbuku
di terengganu
harapan hati
menjejak kembaraku
ke situ lagi......