HOME   PUISI   JOURNAL   PHOTOS   THOUGHTS

Tetingkap Sunyi

wahai
tetingkap sunyi
tiada bercerita penglipur lara
jemukah gerangan?

sesawang meraja
melingkar kekisi rapuh
bebas dan tak berguna
malaskah sudah?

ada sebuah lemari kaca
tak berkunci
tertumpuk cerita tak terkisahkan
hanya warna-warna debu berserakan

sungguh,
segini lamakah ditinggalkan?

paksa,
selakkan daun jendela itu
biar tembus cahaya menyilau
membawa aroma baru yang menyegarkan

biar harmoni,
kan kembali merdu dilagukan!


f14, KD, 10.52PM

0 comments Links to this post