HOME   PUISI   JOURNAL   PHOTOS   THOUGHTS

Dekat Tapi Jauh


(hey hey... trust me, better entry this time... hohoohho... This is a lesson learned from a small boy.. happy reading).

Selalu tak tengok orang marah? Cuba bayangkan satu situasi yang sangat tegang antara dua orang. Mula-mula berselisih pendapat, masing-masing bertegang leher cuba mempertahankan pendirian sendiri. Mereka enggan sefahaman. Lalu, perbualan yang tadinya aman kini bertukar menjadi rusuh pula.

Mereka sedang marah dan tak puas hati, memang itulah yang kita dapat lihat dan simpulkan. Tapi, apa pula kata seorang anak kecil yang sedari tadi asyik memerhati. Dia memandang penuh kehairanan. Dalam hatinya penuh tanya. Apakah yang jadi tanda tanya kepada anak ini, padahal dia tidak mengerti satu apa pun yang dibicarakan oleh dua orang dewasa itu?

Simple. Tanya anak kecil itu, "Kenapa lah dua orang ni cakap kuat-kuat dan menjerit-jerit, sedangkan duduk dekat-dekat, sebelah-menyebelah saja??"
Ohh.... tak faham rupanya anak kecil ni bahawa dua orang itu sedang betengkar...

Eh, nanti dulu. Ada satu pelajaran penting yang kita boleh nilai dari soalan tersebut. Cuba fikirkan. Bukankah soalan itu logik? Mereka saling menjerit, padahal mereka tak jauh antara satu sama lain.

Jadi, apakah yang jauh sebenarnya?

HATI.

Ya, hati mereka yang menjauh. The HEART is far apart. Bila hati menjauh, penyatuan dua insan adalah hampir tidak mungkin. Saling tau, tapi sengaja tidak mau mengerti. Saling sadar, tapi tidak mau ambil pusing. Bila hati menjauh, kalau pun tidak benci, tapi mereka sudah saling tidak sayang.

Misal yang paling dekat adalah suami isteri. Bila bertengkar, mereka tidak mau mengalah. Suami enggan faham kemauan istri, si isteri pula tak mau ambil peduli keinginan suami. Kalau dibiarkan begini, silah antara keduanya makin menjauh dan akhirnya putus.

Dalam perniagaan, tangan yang dijabat tanda persetujuan dan penerimaan.
Dalam perhubungan, hati yang diikat tanda cinta dan kasih sayang.

Kalau hati mendekat, saling melekat, keinginan tak perlu diucap. Apa yang terdetik dalam hati akan terus dimengerti. Betul tak? (orang yang sedang bercinta pasti setuju .. hehe)

Justru, fahamilah dengan sejati, hati itu bersatu harus bagaimana, dan Siapa sebenarnya yang menyatukan.

Al-Anfaal:63 - dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.

We're all different, that's why we are the same.

They are in Love. They can't be separated.

We are One... :-D

(pic credit to: several images from web found thru google image search. Thank U!)


 

2 comments:

  1. Men said,

    adakalanya haiwan itu lebih bertamadun daripada manusia itu sendiri ...

    on May 8, 2009 at 11:13 PM  


  2. setuju :-)

    lain nya manusia dan haiwan hanyalah pada akal :-)

    -thx-

    on May 10, 2009 at 12:53 PM