HOME   PUISI   JOURNAL   PHOTOS   THOUGHTS

Koleksi Tujuh

From: june junaidah

Dari awal hingga akhir,
Pergi programe bersama rakan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong betoikan.

Esok, lusa nak main bowling,
Main bersama pakar serba tau,
Kalau bola masuk ke longkang,
Jangan korang gelak kat june tau...........

From: izzah

June manis berbaju kebaya
Singgah Mydinmall membeli pelita
Bukan hadiah dan sanjungan dipinta
Sekadar renungan kita bersama

Rimbun hijau pokok meranti
Tumpang bertenggek burung merpati
Patah tumbuh hilang berganti
Menyambung perjuangan lebih baik pasti

Fiya, cikna pandai berpantun
Tak kurang hebatnya ciknor dan hero
Korang yg lain bile nak tunjuk skil berpantun
Ke nk tunggu baling bola bowling dulu woo...

From: jastina

bln ni naik gaji
hajat ati nk bli kereta
xkire dimana kita berdiri
berjuanglah utk bumi kita

luka dulu berdarah
berlari2 tersepak batu
berpegang teguh AQ dan sunnah
tujuan kita hanyalah satu

From: izzah

dua tiga kucing berlari
manakan same ngn kucing parsi
dua tiga boleh kucari
tp mana kan sama ngn bos fiqri
(ehek... sape setuju, angkat tgn )

Bintang gemerlap di langit biru
pantai indah angin menderu
memang betul kasih pada yg SATU
tapi ape buktinye cubalah bgitau

nurul beli coklat ingat nk kasik kat linda
tp slalunye seme kene rembat ngn alya, hihihi
aduhai hero jgn beralah dulu tanpa dicuba
insyaallah bumi yg tandus bisa subur kembali

From: nini shafini

apa di harap pada bintang,
bintang jauh di langit nan biru,
takkan tergapai dek tangan sendiri,
apa disesal kasih yang hilang,
mengharaplah pada kasih yang satu,
kasih pada-Nya kasih abadi.

From: Fiya

dari kampung kembali ke kota
hilang arah entahla kat mana
dengarkan tu mak izzah berkata
tulus ikhlas penuh makna

kalau pegi carik kerang
boleh ke pakai jala
siap sedialah korang
presentation dah nak mula

awak tak mandi ke?
tp bukan awak jee...
awak gemetar hati ke?
laki puang .. same jee ..

hehehe .. pantun ape la nie...
takyah jawap pun tak pa
dah terbukti byk yg berseni
semoga jadi tauladan semua..

From: izzah

pi pulau pinang beli halwa
bagi sebijik kat nyonya melaka
duk melanguk x semestinye sia2
asalkan jgn lupe laksanekan yg dikata

From: jastina

pandai sggh korang bpantun
leka mmotong tehiris jari
dr melanguk jd penonton
apa kata saya jadi juri

From: Shahril Ali

1) Berapa berat mata memandang,
berat lagi Durian yang saye pikul
masa Chenor Bawak haritu...

2) Di mana bumi dipijak,
di situ ada kesan kena pijak.

3) Orang memberi kita merasa,
orang tak beri kita paksa dia.

i)Berakit-rakit dahulu,
berenang-renang ke tepian,
kerana rakit pecah dilibas buaya,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-lenang kemudian,
pasal dapat banyak duit hasil jualan kulit buaya yang libas rakit tadi tu.

ii) Pisang emas dibawa belayar,
masak sebijik aje di atas peti,
pasal pisang yang lainnya habis dibedal kelasi kapal tu

iii) Sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
suruh makan engkau makan papan,
kalau boleh nak makan perahu.

Baca Elok-elok pantun dari saye:-

Surat ditulis dalam gelap
Salah huruf banyak tak kena
Jagalah diri jangan silap
Jika silap dapat bencana

Kain basurek kain bertulis
Pakaian raja Bugis - Makassar
Di Luh Mahfuz sudah tertulis
Janji sudah tak dapat ditukar

Cari lebah bersarang besar
Jangan tersengat racun berbisa
Janji Allah adalah benar
Jangan tertipu kehidupan dunia

Tinggi bukit gilang-gemilang
Air laut tenang-tenangan
Budi sedikit tidakkan hilang
Itu menjadi kenang-kenangan

Jentayu burung jentayu
Hinggap dibalik pokok mayang
Bunga kembang akan layu
Budi baik bilakan hilang

Biarlah orang bertanam buluh
Mari kita bertanam padi
Biarlah orang bertanam musuh
Marilah kita bertanam budi

Tenanglah tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik rasa nak junjung

Jangan suka mencabut padi
Bila dicabut hilang buahnya
Jangan suka menyebut budi
Bila disebut hilang tuahnya

Kalau keladi sudah ditanam
Jangan lagi meminta talas
Kalau budi sudah ditanam
Jangan lagi meminta balas

Kain prai baju prai
Pakaian anak raja Yamtuan
Badan berkecai tulang bercerai
Barulah lupa budimu tuan

Banyak orang mengetam pulut
Saya sendiri mengetam padi
Banyak orang karam dilaut
Saya sendiri karam dihati

Biskut dalam peti
Ambil satu hendak rasa
Kalau diikut hati; mati
Ikut rasa, habis binasa

Anak beruk duduk bersanding
Cari makan dalam hutan
Tujuh teluk sudah dibanding
Mana sama padamu tuan

Patah pasak dalam kemudi
Patah diruang bunga kiambang
Kalaulah tidak bertemu lagi
Bulan yang terang sama dipandang

Harum sungguh bunga melati
Kembang setangkai diwaktu pagi
Hancur sungguh rasa dihati
Sedang berkasih ditinggal pergi

 

0 comments: